Komitmen kami terhadap kerahsiaan dokumen, kepatuhan undang-undang, dan integriti proses perkhidmatan korporat anda.
Setiap dokumen perjanjian dan maklumat syarikat yang diserahkan kepada Usaha Niaga Associate dikendalikan mengikut piawaian keselamatan tertinggi.
Semua dokumen perjanjian (Sewa / Jual Beli / Kontrak) yang dimuat naik ditangani secara sulit. Kami tidak sekali-kali berkongsi, menjual, atau mendedahkan kandungan dokumen anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis.
Proses pengumpulan data peribadi dan syarikat dijalankan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data anda hanya digunakan khusus untuk urusan pendaftaran Stamping LHDN dan Carian SSM sahaja.
Selepas urusan penyeteman LHDN atau carian dokumen CTC MyData SSM selesai dan disahkan oleh pelanggan, salinan fizikal/digital yang tidak diperlukan akan dilupuskan secara selamat dari sistem kami.
Semua dokumen Carian Syarikat (SSM) diproses secara terus melalui portal rasmi MyData SSM bagi memastikan status pengesahan Certified True Copy (CTC) adalah 100% sah di sisi undang-undang dan diterima oleh pihak bank mahupun mahkamah.
Carta alir telus untuk memastikan setiap tugasan diproses tanpa sebarang ralat.
Pelanggan memuat naik salinan dokumen perjanjian (PDF) atau borang permohonan Carian SSM melalui laman web rasmi kami.
Pasukan kami menyemak kelayakan dokumen, mengira jumlah duti setem / caj perkhidmatan, dan mengeluarkan sebut harga (Quotation).
Setelah bayaran diterima, urusan pendaftaran diselesaikan melalui sistem Stamping LHDN atau portal permohonan rasmi MyData SSM.
Sijil Stamping (Sijil Setem / Adjudikasi) atau Dokumen CTC rasmi dihantar secara digital (e-mel) serta salinan fizikal jika diperlukan.
Pasukan sokongan kami sedia membantu menjawab sebarang kemusykilan mengenai proses stamping dan permohonan dokumen syarikat.
💬 Hubungi Pegawai Kami (012-5104939)